-->

Ummi Syahidah

Ummi Syahidah

Diari dan sejarah hidupku

Welcome To My Blog (Assalamualaikum...dan Selamat Sejahtera) أهلا وسهلا...

Pages

  • Home
  • About Me~
  • Kawan2 Lamaku~
  • Kawan2 baruku dan juga..Gengku~~!!!.
  • Photos~~

Tuesday, 27 December 2011

Selamat Tinggal..~~!!

Hai Semua!!.. 
Maaflah saya dah lame tak update post ..hehe..
Maklumlah sibuk dengan sekolah..
Nak beli inilah..itulah..hehe.. lagipon..yelah..nak masuk sek menengah
dah tahun depan...n nak masuk asrama..so, banyak lah barang2 yang kene beli..
Nak beli barang2 sekolah adik2 saya lagi....tulah sibuk sangat tu..
Ermm...tapi...saya rasa sedihlah..sebab...........
akan meninggalkan sekolah rendah yang begitu banyak kenangan
dan memori ketika di sana.......dan..ianya hanya akan menjadi 
sejarah dalam hidup saya selepas ini....
Saya juga sangat rindu dengan kawan2 dan juga guru2 saya..
sebab......kami telah pon berpisah......dan..pasti..
kitorang akan jarang berjumpa.....tetapi..........
saya harap..suatu hari nanti...saya akan dapat berjumpa dengan diorang lagi...
Semoga mereka.,..akan sentiasa bergembira dan dirahmati ALLAH S.W.T
dan juga...akan berjaya di dunia dan akhirat...
Saya juga berharap agar saya dapat menjalani segala dugaan
dan cabaran semasa saya berada di sekolah menengah...serta
dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan
yang baik...dalam setiap peperiksaan yang dihadapi..
Kepada rakan2..teruskanlah perjuangan..dan belajarlah
dengan bersungguh-sungguh.... 
Kepada guru2 pula.. Teruskanlah perjuangan untuk mengajar
murid2...supaya mereka akan berjaya seperti kami semua..!!
Selamat Tinggal Semua..!!:'(
Moga2..kita dapat berjumpa lagi.... 
Sekian daripada saya... Wassalamu'alaikum..:| ..
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 02:33 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 20 December 2011

Hai,,,Hari nie saya nak citer sebuah kisah.. Tajuknyer..........
~"Kenapa Tidak Siti Mati Je?"~

Cerita 10 tahun yang lalu di bangku sekolah aku punyai seorang teman rapat.Namanya Siti Maslina. Seorang pelajar yang sangat sederhana, pendiam, berbicara hanya bila perlu tapi dia seorang yang sangat baik denganku. Ku jadikan dia sahabat sejati ku.

Suatu hari dia mendatangiku dengan suasana suram menyelaputi seluruh raut wajahnya itu. Sungguh aku berdebar melihat wajahnya begitu rupa. Seperti ada sesuatu yang terlalu berat ditanggung olehnya. Aku beriringan dengannya ke belakang sekolah,tempat kami selalu berbicara di waktu rehat sesi persekolahan.

Sekilas,aku memandang wajahnya, aku terlihat kilatan air jernih berkaca di matanya.''Kenapa?''Aku tertanya-tanya.Berbagai-bagai yang bermain difikiranku. Kenapa sahabatku ini menitiskan air mata. Setelah aku mendesak berulang kali, akhirnya dia mengakui dia tertekan dengan kehidupan ini. Dia menceritakan mengenai keluarganya yang berpecah belah akibat perpisahan antara ibu dan ayahnya, Ayahnya yang menghilangkan diri entah kemana. Ibunya yang menyalahkan dirinya atas segalanya yang terjadi. Dan keluarga yang tidak lagi menghargai dirinya.

Baginya semua orang boleh menghinanya tetapi dia tidak dapat menerima kenyataan apabila ibunya sendiri tidak dapat menerima dirinya. Kenapa? Dia merintih dan dengan sendirinya aku terasa kepedihan itu.

"Kenapa tidak Siti mati je sebelum ibu lahirkan Siti??" Aku terkejut dengan sebaris ayat tiba-tiba keluar dari mulutnya.

''Kenapa tidak Siti mati sebelum besar untuk terpaksa mendengar penghinaan dari ibu sendiri??''

Aku tersedu,perlahan kusekat air mata yang hampir mengalir di mataku. Aku melihat dia,sahabatku yang kini tanpa segan silu meratapi nasibnya dihadapanku.

Kini dia merasakan ingin mati itu adalah lebih baik. Benar-benar ingin mati. Kalau dulu dia masih boleh bertahan,tapi kini dia tak dapat lagi menahan perasaan itu.

Dan aku mengucap panjang di hadapannya meminta agar dia bersabar hanya itu yang mampu aku katakan kerana aku rasakan "Setiap sesuatu itu adalah dugaan kerana Tuhan tidak menguji sesuatu hamba setelah Dia tahu hamba pasti mampu menghadapinya".Aku dengan tekun menjadi pendengar setia, aku tak mampu untuk menasihati lebih daripada itu, bermain di fikiran ku. ''Adakah dengan perkataan sabar akan melupakan niatnya untuk mati iaitu dengan cara membunuh diri?''.Sungguh aku tak tahu.

Segalanya aku berserah pada Allah yang lebih berkuasa. Saat dirinya meluahkan isi hatinya setelah penat berbicara, loceng pun kedengaran tanda tamatnya waktu rehat, dengan perasaan sebak di dadaku lantas aku hanya mampu berkata,"Tunggu aku esok,disini." Dan setelah itu tanpa sepatah kata aku melihat dia melangkah pergi.

Sungguh malam itu aku tidur tidak lena,aku pusing ke kanan,pusing ke kiri. Aku tak mampu untuk melenakan mata ku ini, sedang bermain di fikiran ku temanku sedang berduka cita menyiapkan diri untuk mati. Aku bangun,aku tak tahu apa aura yang mendorong aku, mencapai selembar kertas dan sebatang pen, lantas sebagai tajuknya, kutuliskan; "Kenapa Siti Maslina Tak Patut Mati."

Benar,aku tak tahu kenapa tanganku tidak dapat berhenti mencoret, menulis sebab-sebab kenapa Siti tidak patut mengharap untuk mati. Tanpa sedar sudah 70 alasan yang aku kemukakan padanya agar dia tekun membacanya.Pada 5 alasan terakhir yang aku berikan merupakan alasan yang paling aku ingat sehingga kini;

71. Kau berjanji padaku, kita akan sama-sama ke Universiti
72. Kau berjanji padaku, kau akan bawa aku ke pergunungan Alps dan kita akan bermain ski bersama-sama.
73. Kau berjanji padaku, kau akan sentiasa denganku saat tawa dan tangisku.
74. Kau harus berjanjikan terus taat pada Tuhanmu jika kau penat dengan dunia.
75.Kau berjanji padaku ,kau akan hidup kerana dirimu, bukan kerana orang lain.

Lantas setelah selesai menulis, aku melipat kertas itu dan memasukkanya ke dalam envelope.
Esoknya,dia menunaikan janji kami,menunggu ditempat kami selalu bertemu. Lantas,tanpa berbicara aku memberikan sampul surat itu padanya, dia mengambil tanpa melihat isinya dan terus berlalu tanpa berkata. Sungguh aku terluka saat itu. Terluka dengan perlakuannya,terluka kerana melihat matanya yang langsung tidak memandang ku.Tidak sama seperti dahulu. Sungguh Tuhan ,hatiku luluh bila melihat dirinya sebegitu.

Sejak hari itu, aku tidak lagi bertemu dengannya. Aku mendapat khabar bahawa dia telah berpindah sekolah kerana mengikut bapa saudaranya ke bandar. Tidak sempat untuk aku melambai tangan tanda ucapan selamat tinggal, sungguh aku terkilan. Aku mendengar khabar yang dia ke utara untuk tinggal dengan ibu dan bapa saudaranya. Namun,semua itu tak dapat disahkan. Dan aku,terus merinduinya sebagai seorang sahabat.

10 tahun berlalu,dan masing-masing sudah banyak berubah. Dan aku,sebagai seorang Motivator yang berjaya.Syukur Alhamdulillah, aku sentiasa sibuk dengan kerja-kerja dan seminar-seminar di merata tempat. Hari itu, aku baru sahaja pulang dari sebuah sekolah yang menjemput aku untuk memberikan motivasi kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Setibanya aku di pejabat, aku diberitahu oleh setiausahaku bahawa ada seseorang yang menungguku di dalam pejabat. Hatiku tertanya-tanya."Siapa yang ingin berjumpa dengan ku? Sungguh aku tak tahu."

Berdebar hatiku, kenapa? Aku membuka pintu pejabatku,dan melihat berdirinya seorang gadis tinggi lampai dihadapanku, manis berbaju kurung bunga,siapakah gadis ini? Seperti pernah kulihat raut wajahnya. Aku hanya berpura-pura biasa, memberikan salam lantas menjemput dia duduk. Dia duduk sambil tersenyum.

Dia berkata;
"Kau tak mengenali diriku Azman?" aku hanya mengerutkan dahi.
"Kau memang tak pernah berubah, sentiasa mengerutkan dahimu jika berfikir,"
"Benar saudari, saya tak mengenali saudari," setulus hati aku menjawab soalannya.
Dia tersenyum,dan senyuman bersama lesung pipit di pipinya itu mengingatkan aku pada dia, "Ini aku Siti Maslina, sahabat mu waktu sekolah dahulu,"
Ya Tuhan, sungguh,bertapa terkejutnya aku di saat itu bagai tidak percaya rasanya, betapa aku merindui dirinya, betapa aku bersyukur dia masih ada di dunia ini.

Lantas dia mengeluarkan sebuah sampul surat yang sudah nampak lusuh dan agak berusia. Dia mengeluarkan kertas itu dan terus membukanya. Dia membacakan setiap kata-kata yang tertulis di atas kertas itu di hadapan ku. Dan tanpa kusedari aku menitiskan air mata, aku benar-benar terharu,sungguh aku terharu.

"Azman, jika bukan kerana setulus hati mu menulis kerana Allah dalam setiap tulisan ini , pasti Siti takde lagi di dunia ni, mungkin Siti dah pergi dalam kekufuran. Terima kasih Azman kerana mengambil berat saat Siti tersesat. Maafkan Siti kerana pergi tergesa-gesa tanpa sempat diri ini mengucapkan selamat tinggal. Maafkan Siti,"


Aku hanya mengangguk dan entah mengapa mulut ku dengan sendiri berbicara, "Siti,sudikah Siti menjadi isteri Azman."Setulus hati Azman katakan Azman ingin menjadi bahu kepada Siti untuk berkongsi segala suka dan duka" Siti tak mampu berkata-kata, hanya mengangguk tanda setuju. Tak ku sangka, perpisahan yang lama membuahkan pertemuan yang seistimewa ini, lantas menghubungkan pertalian yang lebih erat bak sepasang merpati terbang sejoli, membelah angkasa raya membina hidup baru bersama setelah 10 tahun berpisah kerana niat cintanya hanya kerana Allah semata-mata.

Itulah ketulusan hati membuatkan kita sentiasa di hargai,diberkati Allah kerana dengan keiklasan jua membuatkan hati kita lebih dekat dengan Yang Maha Pencipta!
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 07:12 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 18 December 2011

Angry Birds??Kegilaan kanak2?

NILAI DI SEBALIK ANGRY BIRDS



Aku seringkali tersenyum keseorangan mengingatkan 'ANGRY BIRDS' yang telah menjadi kegilaan adik-adikkku dan kebanyakan kanak2 zaman sekarang.... Apalah yang seronoknya bermain dengan ANGRY BIRDS ni... Kanak2 zaman dulu sibuk bermain dengan elastik untuk mengelastik burung, tapi di zaman siber ini, kanak bermain elastik di iphone, android, ipad, ipod dan etc...bukan meng elastik burung, tapi burung2 tersebut menjadikan dirinya bahan atau bom untuk me membunuh babi-babi yang telah mencuri telur burung....alahai...
Namun, tahukah anda sebenarnya Angry birds dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah....

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)
antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?Yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri! yang putih pula?sanggup mengorbankan anaknya!.....itu bukanlah satu pengorbanan yang senang, menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad segala-galanya untuk mencapai satu matlamat yakni menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."

(At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie
Dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun
Tapi adakah mereka main langgar je sape yang serang dulu?Jawapannya tidak....
mereka sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza dan setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza jadi mereka susun sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu...
kenapa?
sebab Saidina Ali mengatakan
"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)
Bagaimana pula cara mereka susun siapa yang perlu pergi dulu dan siapa yang pergi kemudian?
Mereka menyusun dengan menilai bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya ....yang tahu potong kayu pergi serang kayu .....yang boleh hancurkan batu pergi hancurkan batu dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka untuk detect, apakah kelemahan musuh kita dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza bagaimanakah kita ingin menyusun strategi untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat

5) Taat
Sebagai qiyadah, perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan pasti tidak ada orang yang nak main dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh sekiranya qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas...

6) Ukhuwah
lastly, kena faham bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat...
itulah teras dan tunjang utama kekuatan mereka....mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya. Mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara seperti mana kita umat Islam bersaudara. Jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita daripada musuh yang nampak di dunia dan juga musuh yang tidak nampak yang menarik kita ke api neraka
kenapa?
sebab kita menyayangi saudara kita sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam tidak akan wujud game Angry Birds jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka, begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam malahan mustahil akan menang gerakan Islam jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"
(An-Nasr 110:1-3)
sedarlah...
pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhuwwah dan kesatuan di kalangan umat Islam dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna
semua yang korang baca tadi adalah pengajaran daripada Angry Birds tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...


Sekian...sehadar perkongsian ilmu.
Dipetik daripada Email sahabat dan laman web IluvIslam
Mudahan ada manfaatnya..
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 07:29 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 6 December 2011

Tawaran ke SAM!!!

Hai semua!!
Alhamdulillah...akhirnya...siap jugak saya edit blog..
Hehe..tapi..tak adalah..cantik sangat..
biase2 jer...ermm...HA!!..selain 2..saya nak bagitahu jugak,
yang saya dah dapat tawaran ke SAMBEST..huhu~`..
seronoknyer...alhamdulillah..akhirnya,..dapat jugak
saya sekolah kat sana nanti tahun depan..
Lagipon..kat sana..ada kawan saya gak.,.namenyer..
Izzah Atirah Bt. Abdullah Sani.. dia kan..pandai..pergghh!!!
hermm...so, nanti kat sana..takderlh..risau sangat..
babnyer ..ada kawan..hehe..:D..
Saya harap..saya dapat belajar dengan baik kat sana..
dan dapat menjalani kehidupan semasa kat sana...
Tapi..tulah..saya sedih...babnyer..dia..tak dapat masuk sana..
Hermm...,.takperlh..tapi..saya harap..dia akan..belajar dengan baik
kat sekolah yang dia pilih...hermm...
itu jerlah kot yang saya nak gitau..okeylah!!..
Tata..wassalamu'alaikum....
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 06:05 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 20 November 2011

Result dah keluar!!!~~

Hai Alls, 
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T.,,
kerana memberikan kejayaan yang cemerlang kepada saya dalam UPSR n PSRA..
Saya juga bersyukur kerana telah dinobatkan sebagai Pelajar Mumtaz Terbaik Negeri Selangor!
what!tak percaya??!!saya pon same..alhamdulillah..saya bersyukur sngt kpd Allah!!
UPSR???
HA!! dalam UPSR plak..alhamdulillah..saya dapat........agak2nyer baper??
JENG3~~5A...hehe...saya rase terharu sangat!:')
sekolah saya iaitu SK Sijangkang,..telah berjaya mendapat tempat kedua dalam 
daerah kuala langat..bagi result UPSR iaitu seramai 21 org jer.hehe..xD
ermm...yg no.1 sek maner??ha!tempat pertama plak adalah sek seri langat kot..sek diorg dapat 
39 org yg 5A kot..tapi..kate cikgu..kalau ikutkn sek kitorg dapat tempat pertama ..nape plak??
sebab..sek kiotgrg yg dpt 5A semua org melayu..tapi..sek seri langat tu die
ader orang cina n india..so tulah ramai,,hehe..xD..(bnyknyer saya citer psl sek pagi..
PSRA plak?
Ha!!PSRA plak..saya dapat peratus 99.2%!..alhamdulillah..
tercapai jugak impian saye untuk menjadi pelajar cemerlang ng.selangor! 
akhirnye..ALLAH memperkenankan doa saya..semoga kejayaan 
saya itu..terus berkekalan..AMINN!!..
hermm..baper orang yang mumtaz????
ha!! sek saya iaitu SRA Sijangkang memperoleh 53 orang mumtaz 
dalam PSRA!..Alhamdulillah..meningkat jugak akhirnya..
sebelum ni..sekolah kami mendapat 33 org yg mumtaz jer.,.
Alhamdulillah tahun ini bertambah seramai 20 orang..
ermm..itu jelah yang saya ingin beritahu pada kali ini..
Ok lah..tata..Wassalamu..~~:D
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 01:12 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 11 November 2011

BErita GEmbira!:))

  

Hai semua!!..
Alhamdulillah!!saya bersyukur ke hadrat Ilahi..
Kerana telah memberikan ku kejayaan iaitu...
mendapat mumtaz terbaik di daerah kuala langat..
tetapi..mumtaz selangor belum tahu lagi....
Ya ALLAH, Ya Tuhanku, 
KAu berikanlah kecemerlangan kepadaku Ya Allah..
Iaitu kau berilah kepadaku..Mumtaz tertinggi di Selangor, YA ALLAh..
Hanya kepada-Mu sahaja HAmba memohon pertolongan dari-Mu YA Allah..
Ya ALLAH, KAu juga berilah kecemerlangan kepadaku dalam UPSR..
iaitu mendapat 5A..Hamba berharap Agar Engkau memakbulkan doaku..AMiin..
Kepada sesiapa..yang membaca ..saya minta maaf sekiranya
kalian menganggap saya saperti berlagak..tetapi..saya ..
sebenarnya tak ade niat pon nak menunjuk2..tetapi..saya anya
mengharapkan doa daripada kalian semua...:)
Itu sahaja daripada saya...setakat ini..
Sekian..Waasalamu~~..

Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 20:37 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 7 November 2011

Cuakk!!~~

Hai guys..
ermm..saya hari nie..rase..risau sangat..sebabnya..
pada hari rabu(9/11)..ade pertandingan nasyid..
masalahnyer..kami tak bersiap sedia sangat...hurmm..
macam mana nie,...Yelah..gaya pon..belum buat...
pakaian pon belum confirm..nak pakai baju per..
Hey,,macm mana erk??..Lagu pon..kami tak pasti sangat 
nak pilih lagu apa...hurmm..macam mana yer..sekarang nie..
Ya Allah, Ya Tuhanku,.. Kau berilah petunjuk kepadaku..
dan rakan2ku...dalam menghadapi dugaan ini..Kau berilah hidayah 
kepada kami...supaya..kami dapat mencari jalan penyelesaian..
serta..dapat melakukan nasyid dengan baik.. dan dapat masuk ke peringkat akhir..
Ya Allah, hanya padamu sahaja..aku mengadu dan memohon pertolongan..
Kau kabulkanlah..doaku ini, Ya Allah.. Sesungguhnya..
Kau Maha Melihat dan Mendengar serta Maha Baik dan Penyayang..
Maaflah..kalau korang rase saya nie gedik..tapi..
memang sekarang saya tengah buntu..dan tak tahu nak buat apa..
Saya minta maaf banyak2..hurmm..okeylah..
sampai di sini sahaja luahan dari hati saya.. 
Wassalamu'alaikum......:(..:)
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 06:28 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 6 November 2011

Hyep Alls...


hye alls... huh syoknye lah dah habis perikse....

hehe saya dah mula mesej die... syookk habes....
dan paling saya suka, saya dah kapel ngan die.... hawhawhaw..


HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU KEBAHAGIAAN SAYA !

ok lah sampai sini sahaja ye... doakan saya supaya berkekalan bersam 'DIA' untuk selamanye.. AMIN ! <3

bye wassalamu'alaikum..
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 20:40 1 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Rindu~~

Hai alls..
Dah lama saya tak berblog...rindu gile lah rasenyer...huhu..:)
erm...dah lama jugak saya tak buka blog saya nie..
rase macam dah bersarang labah2 dah...
Ha! hari nie..baru saya buka..sebab saya t'ingin pulak
nak mencantikkan blog nie..hehe.. almaklumlah..
baru je buat blog ni kan..so, tak berapa cantik lh....
Ermm..semenjak saya buka blog BFF saya tu..iaitu.. Adibah Sufi Azmi,
saya jadi..teringin pulak nak mencantikkan blog nie...
Sebab .... Blognyer begitu perfect.. I like it... kan Adibah Sufi kan..!!
huhuhu... :))... ^-^.... ermm.. dan inilah hasilnya... Sebenarnya..bnyak 
lagi yang perlu saya perbaiki.... so, itu sajalah
daripada saya..untuk kali ini...
ha!!..sebelum terlupa....saya ingin mengucapkan...
Selamat Hari Raya Aildil Adha untuk semua rakan2...
Semoga bergembira....!! <3
Tata...Wassalamu'alaikum.. :>
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 01:06 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 8 October 2011

MALAIKAT MIKAIL MENAHAN LAJUNYA MATAHARI~~

Assalamu'alaikum....dh lamer saya tak bukk blog nie..rindu teramat-amat rasenyer..ermm..yelah..maklumlh mase tu kn sibuk dngn periksa..hehe..ha!..hari nie saya nk kongsi sikit satu kisah mengenai para malaikat..tajuknya ialah seperti yg tertera kat atas tu..so,,saya harap korg semua dpt mengambil iktibar dari kisah ini..~


~                    Suatu hari, Sayyidina Ali tergesa berangkat jemaah subuh bersama Rasulullah. Ketika di tengah jalan, dia bertemu seorang lelaki tua berjalan bertatih-tatih dengan tongkatnya. Di tangannya memegang lampu untuk menerangi jalan. Sebagai sikap rendah diri dan menghormati orang tua, Ali tak berani mendahului dan mengikuti lelaki tua itu. Tentu saja Ali terlambat datang berjemaah di masjid. Celakanya lelaki tua itu tidak solat di masjid, kerana orang Nasrani. Ketika masuk ke masjid, Ali menjumpai Rasulullah sedang rukuk. Nabi waktu itu memanjangkan rukuknya dengan bacaan yang panjang sehingga Ali boleh mengikutinya menjadi makmum. Selesai solat, Ali bertanya: "Ya Rasulullah , mengapa engkau memanjangkan rukukmu, suatu hal yang belum pernah kujumpai selama ini?", tanya Ali.
                     "Ketika aku rukuk dan membaca Subhana Rabbiyal 'adzimi, sebagaimana biasanya aku akan berdiri tegak. Sebelum kepalaku tegak, malaikat Jibril telah mendahuluiku menekan punggungku agak lama. Setelah lama menekan punggungku, aku baru boleh mengangkat kepalaku membaca iktidal," jawab Rasulullah.
                      Mendengar itu, Ali lalu menceritakan peristiwa  yang baru saja dialaminya menjelang dia solat ke masjid itu. Rupanya Allah telah memberi isyarat kepada Rasulullah agar Sayyidina Ali  boleh ikut berjemaah Subuh dengan Rasulullah.
                      Bukan itu sahaja riwayat yang mengagumkan Sayyidina Ali ini. Diceritakan juga pada saat itu malaikat Mikail diperintahkan oleh Allah untuk menahan lajunya matahari hanya agar Ali tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid bersama Rasulullah. Itu kerana lelaki tua yang ternyata orang Nasrani itu.
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 06:49 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 30 June 2011

Alhamdulillah....

Assalamu'alaikum..semua..hai..dh lame tak jumpa kn...lamenyerlh..ermm..kali nie..saya nk critkn tntg keputusn PPT saya...ermm..alahmdulillah..sek pg saya dpt 5A..ptg plak dpt mumtaz...saya mmg tak sngka btllh..saya gembira sngt...tapi saya tak riyaklh..hehe..ermm..tapi..saya akn ttp berusaha shingga berjaya...dn moga2..UPSR sya dpt 5A n PSRA saya dpt mumtaz..amin ya robbal a'lamin..doakn tau...assalamu'alaikum...
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 07:15 2 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 7 June 2011

Sedih!!! :'(

Assalamu'alaikum semua..hemm..hari ni saya sedih sngt..nak tahu sbb per..sbb kwn saya tak nk kwn saya lagi...die merajuk ngn saya..saya dh cuber minta maaf ngn dier tapi...dier tak nak maafkn saya... tadi saya dh telepon dier..tapi dier letak teleponnyer..dier tak nak penjelasan dari saya...sebnrnyer bukn saya yg mulakan...dier yg mulakan..hemm...macam maner nie..

Kepada Adibah Sufi Azmi~~~....


Adibah tolonglah..kita minta maaf sangat2..sebenarnya bukan kita yang mulakan bnda tu..tapi dia...ko janaganlah salah faham..Kita tahu ko cemburu ngn kita...ok..kite minta maaf...yang mase kat bas tu pon kita buknnyer saje2 nk tipu ko..kite cumer takut nnti ko mrh ngn kite..ye kiter tipu ko..dhlh mase tu..kitorg tngh gembira2...tlglh bah..maafkan kiter..please....kiter harap ko maafkn kiter.. :( :'((
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 19:46 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 17 May 2011

Program St'a'r....~

 Esok iaitu pada hari Rabu bersamaan 18 Mei 2011, saya ada program star di Dewan Wawasan,Kampung Medan. Saya ingatkn nk naik basikal..tetapi, ayh saya tak bnrkn..kerana bhaya..
so., saya pon bagi tahu kat kwn saya..suruh tmpg kwn dier..sbbnyer dier nak naik bskl..yelh pagi2 kn ramai org nk gi keje..so, jln mestilh sibukkn..tapi dier tak nk dngr ckp saya..dier kate takpelh...dier tu ssh sngt nk trima nasiht org lain..(degil)..hemm..saya pon tak tahu camne nk nsihtkn dier..hemm..tapi pastu saya ckp kat die hati2 mase nk lints jln..yelh saya kn kwnnyer..jadi kenelh ambil beratkn..
jadi saya hrp..dier slamat dn tak de pape smasa dlm perjlnn hndak ke sana.
itu jelh rasenyer untuk tajuk ni..n hari nie..k.....bye.. tata...assalamu'alaikum..
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 07:13 1 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 16 May 2011

Cara Jibril Menyampaikan Wahyu~~~~

PENANGUHAN WAHYU                                                                                                                                                Adapunun tempoh penangguhan wahyu, mengikut riwayat Ibn Saad daripada Ibn Abbas yang bermaksud bahawa penangguhan itu adalah beberapa hari, pendapat yang rajih (berat) malah itulah pendapat yang tepat, iaitu setelah dilihat dari beberapa aspek. Manakala pendapat yang masyhur mengatakan yang ianya berlarutan hingga tiga tahun atau dua tahun setengah, ini bukan pendapat yang sahih dari mana-mana sudut pun. Namun bukan di sini ruang untuk kita perlihatkan pendapat tersebut.

Di hari-hari penangguhan wahyu Rasulullah hidup dalam keadaan muram dan berduka, Baginda dilanda kehairanan dan kebimbangan, hal ini telah diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam bahagian kitab At-Tabir dengan nasnya yang bermaksud: Dan Wahyu pun tertangguh beberapa ketika menyebabkan Baginda berduka, mengikut maklumat yang sampai kepada kita, bahawa Baginda tersangat berdukacita, hingga mendorong Baginda berkejar, berkali-kali ke kemuncak bukit, hendak menghumban diri, namun apabila sampai ke kemuncak sana untuk mencampak dirinya, Jibril pun menampilkan diri sambil berkata: Wahai Muhammad! Sesungguhnya engkau adalah utusan Allah yang sebenar. Dengan itu gelora dalam hatinya pun kembali tenang danjiwa kembali tenteram, dengan itu Baginda pulang semula ke rumah, sekali lagi bila wahyu tertangguh kembali pula Baginda dilanda perasaan gundah dan dukacita, 

berulang pula Baginda ke kemuncak bukit dan sekali lagi Jibril menampakkan dirinya seraya melaung ungkapan yang sama kepada Rasulull
ah.

JIBRIL MEMBAWA WAHYU DI KALI KEDUA
Ibnu Hajar menceritakan penangguhan wahyu pun sudah berlalu, itu adalah dengan tujuan untuk membuang perasaan gerun dari hati Baginda dan untuk membangkit perasaan merindukan wahyu, setelah mana perasaan kehairanan sudah tiada lagi, disebaliknya tertegak pula tunggak hakikat. Kini Rasulullah sudah arif dengan penuh keyakinan bahawa Baginda adalah nabi utusan Allah s.w.t, yang datang menemui itu adalah duta wahyu membekal Baginda warta dan perkhabaran langit, hingga dengan itu Baginda sudah kepiftginan dengan Jibril dan wahyu Ilahi, sikap inilah yang membawa Baginda cekal dan sanggup menerima dan memikul tugas dakwah, ketika Jibril kembali datang menemui Baginda iaitu dikali kedua. Al-Bukhari telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa beliau telah mendengar Rasulullah menceritakan mengenai penangguhan wahyu dengan sabdanya yang bermaksud:

“Di ketika daku sedang berjalan tiba-tibaku terdengar satu suara dari langit maka ku pun mengangkat pandanganku ke arah langit, tiba-tiba malaikat yang mendatangi daku di gua Hira dahulu sekali lagi ku lihatnya sedang duduk di atas kursi di antara langit dan bumi, daku terkejut dan tergamam hingga terjatuh ke bumi, kemudian aku segera pulang menemui keluarga dengan meminta: Selimutkanlah daku, selimutkanlah daku, selimutkanlah daku”, disusuli dengan turunnya ayat Allah:
Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat .manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
(al-Muddadstsir: 1-5)
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 04:09 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 15 May 2011

Wakil Murid...

ha..esok..iaitu hari Isnin(16 Mei 2011),saya akn berucap kat ats pentas..saya kene jadi wakil murid..yelah kat sek saya ketua pengaws..hemm..saya takutlh..alhamdulillah..dikgunye bagi teks..kalau tak..mmg ternganga arh nnti mase kat pentas..haha..hemm..oleh..itu..korg doakn lh saya tau..supaya dpt berucap dngn baik dn lncr..lagi pon dh lh ader sajak lagi..kene baca..hemm..harap2 saya dpt lakukn yg terbaik..ok lh ini saja untuk kali nie..bye..tata..:))... 
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 06:32 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

KAMIL PERINGKAT DAERAH...

Hai semua..hemm..hari ni..saya nk ceritakn tntg kamil..pada hari Ahad 8 Mei 2011, saya tlh mnjadi wakil syarahan b.a peringkat daerah..tetapi..saya dpt no. 3..walau bagaimanapun..saya bersyukur kerana dpt no..yelh daripada tak dpt no..hehe..ermm..sek saya juga merupakn johan keseluruhn bagi acara kumpulan... pertanding tu diadakn di sra telok panglima garang.. Oleh itu, saya berharap ..sesiapa yg dpt mewakili ke peringkat negeri..buatlh yg terbaik...
itu sahaja untuk hari..bye..tata..assalamua'laikum..
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 06:24 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 2 May 2011

Berjumpa kawan lama....=)~

Pada hari sabtu,bila tah...saya ader KAMIL peringkat sekolah....sekolah saya telah menjadi tuan rumah..ha!!pada masa tu lah..saya dpt jumpa kwn lamer saya... tapi saya cumer dpt jumpa beberapa org jew..ader lagi yg saya blum jumpa..kwn yg saya dpt jumpa tu ialah...'shahadah'..ader lagi ..tapi  saya dh tak ingt saper..maklumlh dh lamer tak jumpa..dkt 4 tahun jugaklh..mase saya nk jumpa diorg tu..diorg tak knl saya..pastu diorg fikir2..dn diorg ingt yg saya ummi..pastu kitorg pun peluk...time tu mmg best giler lh...diorg kater kn saya dh tinggi..mase dulu2..babnyer saya rendh..hehe..tapi saya blum jumpa fatimah n amilia lagi..tapi saya hrp saya akn b'jumpa dngn mereka lagi satu hari nnti..Kami sebnrnya kwn baik mase dahulu...kami kalau nk rehat kew atau nk gi maner2 jew pasti samer2..walaupun kadg2 tu ader gtaduh2..tapi esoknya baik lagi..terakhir sekali saya tengok diorg mase drjh2..lpstu saya b'pindh ker sijangkang..saya berasa sedih sngt..walau paper pon..kitorg akn tetap berkwn sampai bila2...dan saya hrp kami tidak akn pernah berpisah...
I think,that's all for today..bye..tata...
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 01:44 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 1 May 2011

BAGAIMANA MAKNA UMAT????~

SEORANG lelaki yang dikenali sebagai Abul Qasim telah berhenti sebntr di dpn seorg raja, lalu ditanya: "Wahai Syeikh, bagaimana umat yang berkumpul ini akan menjadi salah, kerana berdasarkn sabda Rasulullah SAW (yang ertinya): "Tidak berkumpul umatku atas kesesatan."
     Syeikh menjawab: "Jika Hadis ini sahih, mestilah diketahui terlebih dahulu takrif perkataan "umat" dan maknany. :"Umat" menurut pengertian bahasa adalah "al-jimaah." Jimak terjadi sekurang-kurangnya mesti terdiri dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
     Allah SWT berfirman:
1. (Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang (umat) imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada  Allah.......  (An-Nahl,120)  
   Allah menamakan Ibrahim sebagai umat, padahal dia hanya seorang.
  Aku juga mendapati di dalam Kitab Allah Azza wa Jalla bahawa yang banyak itu dicela sedang yang sedikit dirahmati dan dipuji. Allah telah mencela golongan yang banyak sebagaimana firman-Nya:


2. (Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka)."          (An-Nisa' , ayat 114)3


3. (Tetapi kebanyakan mereka tidak berakal) 
  
4.(Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui).                            (Al-An'am, 37)


5.(Dan tetapi kebanyakan mereka tidak beriman)


6. (Dan tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur)


7. (Dan kami tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi janji. Sesungguhnya Kami mendapati kebanyakan mereka orang2 fasik.)               (Al-A'raf,102)
     Allah memuji golongan yang sedikit, contohnya sebagaimana firman-Nya:


8. (...kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan amal soleh; dan amat sedikitlah mereka ini.)
    (Shad, ayat 24)


9. (Dan sedikit sekali dari hamba2-Ku yang berterima kasih.)
    (Saba',ayat 13)


10.(Dan tidak beriman bersama Nabi Nuh itu kecuali sedikit.)   (Hud,ayat 40)
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 21:40 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Hamil bukan di perut~

HUSAIN bin Hamdan Al-Hadini seorang pendukung Syi'ah telah membuat cerita berkenaan dengan kelahiran para leluhur dan pemimpinnya.Katanya kepada emak saudaranya Hakimah : "Sesungguhnya kami golongan yang memberikan wasiat tidak dikandungkan di dalam perut, tapi ibu-ibu kami mengandungkannya di tepi badan , dan kami tidak keluar melalui rahim, tapi keluar melalui paha sebelah kanan. Kerana kami adalah nur Allah yang tidak boleh terkena kotoran."
     Ketika mempercakapkan tentang Fatimah binti Rasulullah, Husain mengatakan: "Sesungguhnya Fatimah melahirkan Hasan dan Husain dari pahanya sebelah kanan, sedang Zainab dan Ummi Kalsum dilahirkan dari pahanya sebelah kiri."
     Syekh Yusuf Bahrani mengatakan bahawa Husain Hmadan adalah orang pembohong, pendapatnya tidak masuk akal. 
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 18:02 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kawan Baik

Ha...saya ada lagi seorang kwn baik..walaupun..kitorg asyik gaduh jew..tapi saya ttp nk kwn ngn dier..Ramai org kate die tu..ngade2..tapi..saya tak fikir die mcamtu..dier tu baik ngn saya...namanyer ialah....jeng2..Anis Wahida Bt. Mohd. Nazmi..hemm..saya harap..saya dpt kwn ngn dier smpai biler2...insya-Allah..

That's all...ok..
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 07:02 1 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

kenalan rapat

saya mempunyai sebuah GENG YANG BAIK iaitu name geng nya
AISUS CEMERLANG... kite orang tubuhkan baru tahun nie... tujuannya tuk merapatkan hubungan<eceh>
kalau ade masalah leh berbincang...
name disebalik aisus:
A:adibah sufi
I: izzah atirah
S: ainul syakirah
U:ummi syahidah
S: nursyafiqah

mengapa di panggil CEMERLANG ???
sebabnya kite orang nak cemerlang 


boss ????

semestinya AINUL SYAKIRAH       

penolong ?????


Adibah sufi


 setiausaha ????


 Nursyafiqah


 bendahari???

 saya !!! ummi syahidah

 penolong bendahari ????

 izzah atirah

 moga2.. kumpulan ini takkan putus hingga akhirnya...






 THAT'S ALL FOR TODAY
 lot's of princess ummi...
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 06:51 1 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Salam Berkenalan....

My Biodata~

Nama:Ummi Syahidah Bt. Mohamad Jamahari
Umur:12 Tahun 
Saya merupakan anak sulung daripada 6 orang adik-beradik. Adik-beradik saya terdiri daripada 5 orang perempuan dan 1 lelaki . Ayah saya bernama Mohamad Jamahari b. Abd. Manaf. Ibu saya pula bernama Suzila bt. Hj. Darini. Mereka bekerja sebagai guru di SAMTTAR, Sg. Manggis.
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 06:24 1 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)





About Me~~

Ummi Syahidah
sweet 12
Already Taken:))
08 Julai 1999
Batu 8 Kampung Sijangkang,Selangor

Facebook Badge~~

Umi Syidah Syahidah

Create Your Badge

Afifah,Zakuan,Sofiyah n Ayah~

Afifah,Zakuan,Sofiyah n Ayah~

saya,ati,ana,zakuan(adik-beradik)

saya,ati,ana,zakuan(adik-beradik)

ana(adik ku yang ke-2) dan cik timah...

ana(adik ku yang ke-2) dan cik timah...

Ibu tercinta dan zakuan

Ibu tercinta dan zakuan

Zakuan, Sofiyah dan bibik...

Zakuan, Sofiyah dan bibik...

Ayah dan Adik lelaki tersayang~=)

Ayah dan Adik lelaki tersayang~=)

Followers

Blog Archive

  • ►  2012 (4)
    • ►  July (2)
    • ►  March (2)
  • ▼  2011 (22)
    • ▼  December (4)
      • Selamat Tinggal..~~!!
      • Hai,,,Hari nie saya nak citer sebuah kisah.. Tajuk...
      • Angry Birds??Kegilaan kanak2?
      • Tawaran ke SAM!!!
    • ►  November (5)
      • Result dah keluar!!!~~
      • BErita GEmbira!:))
      • Cuakk!!~~
      • Hyep Alls...
      • Rindu~~
    • ►  October (1)
      • MALAIKAT MIKAIL MENAHAN LAJUNYA MATAHARI~~
    • ►  June (2)
      • Alhamdulillah....
      • Sedih!!! :'(
    • ►  May (10)
      • Program St'a'r....~
      • Cara Jibril Menyampaikan Wahyu~~~~
      • Wakil Murid...
      • KAMIL PERINGKAT DAERAH...
      • Berjumpa kawan lama....=)~
      • BAGAIMANA MAKNA UMAT????~
      • Hamil bukan di perut~
      • Kawan Baik
      • kenalan rapat
      • Salam Berkenalan....

click to create your own
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Geng2 ku~~..

Geng2 ku~~..

Kawan2 lama...

Kawan2 lama...
My Melody Kawaii

Keluarga bahagia~~

Keluarga bahagia~~

KAwan2 ku..yang comel2 belaka..

KAwan2 ku..yang comel2 belaka..

Nowseeheart- Damai ~~

Tajuk~~ Damai-Nowseeheart Damai yang dirasa Melihat warnanya Tenangnya di mindaku Suasana kehijauan yang indah Kicauan berburung rimba Berterbangan bebas di dalam rimba raya Pepohon turut berlagu Menerima sentuhannya sinaran sang mentari hari Oh... di alam rimba damai dirasa Segala-galanya terlukis sempurna Di alam rimba keajaibannya Pesona di jiwa Di rimba tiada Derita, sengketa Tiada kudengari Tangisan sepi yang mengguris hati Sang pelangi ceria Menanti kehadirannya gerimis senja Bisikan tersirat air Turut sama menghiasi Keindahan ciptaan Ilahi

Popular Posts

  • Selamat Datang ke SAMBEST!
    Hai semua.. Apa khabar?? sihat? Maaflah sebab dah lama tak update blog nie..  Yelah..Maklumlah.. Sibuk dengan sekolah.. Dahlah duduk asrama ...
  • MALAIKAT MIKAIL MENAHAN LAJUNYA MATAHARI~~
    Assalamu'alaikum....dh lamer saya tak bukk blog nie..rindu teramat-amat rasenyer..ermm..yelah..maklumlh mase tu kn sibuk dngn periksa..h...
  • ~Bulan Ramadhan, Bulan Rahmat.~
    Kelebihan Ramadan Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Rama...
  • Salam Berkenalan....
    My Biodata~ Nama: Ummi Syahidah Bt. Mohamad Jamahari Umur: 12 Tahun  Saya merupakan anak sulung daripada 6 orang adik-beradik. Adik-beradik...
  • (no title)
    Hai,,,Hari nie saya nak citer sebuah kisah.. Tajuknyer.......... ~"Kenapa Tidak Siti Mati Je?"~ Cerita 10 tahun yang lalu di bangk...
  • Hyep Alls...
    hye alls... huh syoknye lah dah habis perikse.... hehe saya dah mula mesej die... syookk habes.... dan paling saya suka, saya dah kapel ng...
  • Ramadhan Al-Mubarak, Bulan yang Mulia..
    Tazkirah - Amalan & Kelebihan Bulan Ramadhan KEWAJIPAN BERPUASA Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan ...
  • BAGAIMANA MAKNA UMAT????~
    SEORANG lelaki yang dikenali sebagai Abul Qasim telah berhenti sebntr di dpn seorg raja, lalu ditanya: "Wahai Syeikh, bagaimana umat ya...
  • kenalan rapat
    saya mempunyai sebuah GENG YANG BAIK iaitu name geng nya AISUS CEMERLANG... kite orang tubuhkan baru tahun nie... tujuannya tuk merapatkan ...
  • Syoknya!!..Ramai kawan...!
    Hai...selamat malam..hehe... sorilh..update blog malam2 camni.. Ini pon..babnyer..tengah bosan dan tak tahu nak buat apa.. lagi satu pon.. b...

Inilah dia GENG2KU..Geng AISUS CEMERLANG

Inilah dia GENG2KU..Geng AISUS CEMERLANG

KAwan2 ku~~

KAwan2 ku~~

Theme images by caracterdesign. Powered by Blogger.