Assalamu'alaikum....dh lamer saya tak bukk blog nie..rindu teramat-amat rasenyer..ermm..yelah..maklumlh mase tu kn sibuk dngn periksa..hehe..ha!..hari nie saya nk kongsi sikit satu kisah mengenai para malaikat..tajuknya ialah seperti yg tertera kat atas tu..so,,saya harap korg semua dpt mengambil iktibar dari kisah ini..~
~ Suatu hari, Sayyidina Ali tergesa berangkat jemaah subuh bersama Rasulullah. Ketika di tengah jalan, dia bertemu seorang lelaki tua berjalan bertatih-tatih dengan tongkatnya. Di tangannya memegang lampu untuk menerangi jalan. Sebagai sikap rendah diri dan menghormati orang tua, Ali tak berani mendahului dan mengikuti lelaki tua itu. Tentu saja Ali terlambat datang berjemaah di masjid. Celakanya lelaki tua itu tidak solat di masjid, kerana orang Nasrani. Ketika masuk ke masjid, Ali menjumpai Rasulullah sedang rukuk. Nabi waktu itu memanjangkan rukuknya dengan bacaan yang panjang sehingga Ali boleh mengikutinya menjadi makmum. Selesai solat, Ali bertanya: "Ya Rasulullah , mengapa engkau memanjangkan rukukmu, suatu hal yang belum pernah kujumpai selama ini?", tanya Ali.
"Ketika aku rukuk dan membaca Subhana Rabbiyal 'adzimi, sebagaimana biasanya aku akan berdiri tegak. Sebelum kepalaku tegak, malaikat Jibril telah mendahuluiku menekan punggungku agak lama. Setelah lama menekan punggungku, aku baru boleh mengangkat kepalaku membaca iktidal," jawab Rasulullah.
Mendengar itu, Ali lalu menceritakan peristiwa yang baru saja dialaminya menjelang dia solat ke masjid itu. Rupanya Allah telah memberi isyarat kepada Rasulullah agar Sayyidina Ali boleh ikut berjemaah Subuh dengan Rasulullah.
Bukan itu sahaja riwayat yang mengagumkan Sayyidina Ali ini. Diceritakan juga pada saat itu malaikat Mikail diperintahkan oleh Allah untuk menahan lajunya matahari hanya agar Ali tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid bersama Rasulullah. Itu kerana lelaki tua yang ternyata orang Nasrani itu.

No comments:
Post a Comment