-->

Ummi Syahidah

Ummi Syahidah

Diari dan sejarah hidupku

Welcome To My Blog (Assalamualaikum...dan Selamat Sejahtera) أهلا وسهلا...

Pages

  • Home
  • About Me~
  • Kawan2 Lamaku~
  • Kawan2 baruku dan juga..Gengku~~!!!.
  • Photos~~

Saturday, 28 July 2012

~Bulan Ramadhan, Bulan Rahmat.~


    Kelebihan Ramadan
  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    •  
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 09:50 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 27 July 2012

Ramadhan Al-Mubarak, Bulan yang Mulia..






Tazkirah - Amalan & Kelebihan Bulan Ramadhan



KEWAJIPAN BERPUASA


Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud:


“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”


“Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. 

Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..”.
Sesungguhnya bulan Ramadhan bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.


FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADHAN


Terdapat puluhan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia ini.


Walau bagaimanapun faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat Islam yang taat menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Mereka yang ingkar, tidak berpuasa, tidak mengerjakan solat dan lain-lain perintah Allah, tidaklah berhak mendapatnya.
Di bawah ini diringkaskan beberapa maksud hadis Rasulullah s.a.w mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.


· Pintu langit dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


· Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya.

 Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.” (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)


· Amal ibadah bulan Ramadhan
Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:


1. Solat sunat tarawih.


2. Solat-solat sunat yang lain.


3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.


4. Memberikan hidangan berbuka puasa.


5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).


6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.


7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.


8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.


9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.


· Ganjaran pahala ibadah dan fadhilatnya 
Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat-ganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardhu. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada tiga bahagian:




1. Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t yang mencurah-curah.


2. Untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.


3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka.


FADHILAT YANG LAIN-LAIN


· Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga.


· Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah s.w.t.


· Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat kelak.


· Orang yang berpuasa disertai menjauhi segala larangan semasa berpuasa, dan mengerjakan ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih dan seumpamanya, akan dibinakan mahligai yang indah di syurga.


· Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.


Demikian sebahagian dari berbagai fadhilat dan kelebihan orang yang berpuasa Ramadhan.


SOLAT SUNAT TARAWIH


Ibadat yang paling besar pahalanya ialah menghayati setiap malamnya dengan solat sunat Tarawih. Menurut sebah hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang lebar, terdapat berbagai fadhilat dan faedah termasuk diampuni dosa-dosa dirinya dan kedua ibu bapanya, diberi pahala seumpama pahala tawaf para malaikat di Baitul Ma’mur, bersih dari dosa seperti baru dilahirkan, dibinakan mahligai di syurga, dinaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat dan berbagai-bagai lagi.
Pengertian Solat Tarawih
Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat, fardu Isyak. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih, sebelum di sambung semula.
Tujuan utamanya ialah untuk memneri peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.


Qiamu Ramadhan
Solat Tarawih juga disebut dengan Qiamu Ramadhan. Solat ini dikerjakan seelepas umat Islam mengerjakan solat fardhu Isyak dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam. 

Sebuah Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud bahawa sesiapa yang mengerjakan Qiamu Ramadhan (solat Tarawih) dengan penuh keimanan dan ikhlas mengharap ganjaran dari Allah, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.


Lailatul-Qadar
Satu lagi keistimewaan bulan Ramadhan ialah rahsia Allah s.w.t. menurunkan malam Lailatul-Qadar dalam salah satu malam dalam bulan Ramadhan tersebut.


Di dalam surah al-Qadr, Allah s.w.t. menjanjikan bahawa mereka yang beramal diberi ganjaran seperti beramal ibadat selama 1,000 bulan atau 83 tahun (maksud al-Quran, surah al-Qadr).


Walau bagaimanapun, hanya Allah s.w.t. jua yang mengetahui, pada malam yang manakah Lailatul-Qadar itu diturunkan. Kebanyakan para ulama menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu dari sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Setengah ulama pula menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu malam yang ganjil dari sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan.


Istilah Qiamu Ramadhan juga dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid, berzikir dan seumpamanya. Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih setahun sekali ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”(Hadis riwayat Bukhari)


Hukum Solat Tarawih
Hukum solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurnaan bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; Berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah rugi mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat Tarawih.


Berjemaah lebih utama
Sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w., solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan bersendirian ataupun secara berjemaah di masjid atau surau. Telah sepakat pendapat bahawa adalah lebih afdhal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjemaah.


Solat Tarawih 20 Rakaat


Umat Islam di Malaysia khasnya mengerjakan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat semenjak dahulu lagi. Ada sebahagian kecil shaja yang solat lapan rakaat. Demikian juga umat Islam di negara-negara lain. Jika anda pergi ke Mekah dalam bulan Ramadhan maka anda akan dapati solat sunat Tarawih di masjid AL-Haram Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah dikerjakan dua puluh rakaat.


Solat Sunat Witir


· Jika anda berniat hendak bangun tengah malam, mengerjakan solat sunat Tahajjud, solat Hajat, solat Tasbih dan sebagainya, maka solat sunat Witir ini bolehlah ditangguhkan, dan dilaksanakan yang terakhir sekali iaitu setelah selesai dikerjakan semua solat-solat tersebut.


· Kebanyakan orang ramai yang mendirikan solat Tarawih berjemaah di masjid atau surau, biasanya akan terus mengerjakan solat sunat Witir tiga rakaat (dua salam) dengan berjemaah, sebaik sahaja selesai solat sunat Tarawih.


AMALAN DI MALAM BULAN RAMADHAN


Bulan Ramadhan adalah bulan untuk memperbanyak dan melipatgandakan amal ibadat. Allah s.w.t. telah menjanjikan untuk mengurniakan pahala dan kelebihan yang berlipat ganda, termasuk juga balasan syurga. Di antara banyak amal ibadat yang boleh dilakukan ialah iktikaf serta beribadat di dalam masjid, Qiamullail dan solat sunat Tasbih, berzikir, bertahmid, membaca al-Quran dan sebagainya.


1. Iktikaf 10 Hari Terakhir Ramadhan


Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. dan Ibnu Umar, bahawa Nabi s.a.w. telah beriktikaf di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.


Rasulullah s.a.w. meluangkan masa yang lebih untuk beriktikaf di masjid dan beamal ibadat, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., dengan lebih tenang, aman dan khusyuk. Baginda memutuskan kesibukannya dengan dunia luar, lalu dengan penuh khusyuk dan tawadhuk beriktikaf dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.


Kaifiat Iktikaf


· Hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar dan juga dari sebarang najis.


· Iktikaf hanya sah dilakukan di dalam masjid sahaja. Kaum wanita boleh iktikaf di dalam rumah, di tempat yang dikhaskan. Jika bersuami hendaklah meminta izin suami terlebih dahulu.


· Mereka yang sedang iktikaf hanya diharuskan keluar dari masjid untuk menunaikan keperluan-keperluan yang pokok sahaja, seperti makan minum, membuang air dan seumpamanya. Keluar dari masjid untuk bersetubuh dengan isteri tidak dibenarkan.


Iktikaf di dalam masjid boleh dilakukan siang atau malam. Mereka yang beriktikaf untuk menunggu Malam Lailatul-Qadar seharusnya beriktikaf pada malam hari, selepas solat Tarawih dan Witir hingga menjelang subuh.


2. Kelebihan Malam Lailatul-Qadar
Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran surah al-Qadar, malam Lailatul-Qadar itu mempunyai fadhilat dan kelebihan yang amat besar. Faedah dan ganjarannya bagi mereka yang beriktikaf dan beribadai pada malam tersebut adalah menyamai ibadat beriktikaf selama 1,000 bulan atau 83 tahun.
Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan supaya umat Islam berusaha mencari dan beriktikaf di malam Lailatul-Qadar itu. Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Carilah malam Lailatul-Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim at-Tirmizi dan Ibnu Majah)


Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang lain, yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menyatakan bahawa baginda bersabda yang bermaksud:


“Carilah malam Lailatul-Qadar di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan; pada malam yang ke 21, 23 dan 25.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai, at-Tarmizi dan Imam Malik)


Imam-imam mazhab termasuk Imam Syafie masing-masing telah membuat kajian- ada yang berpendapat malam Lailatul-Qadar itu berlaku pada malam 27 Ramadhan, 21 Ramadhan dan sebagainya, masing-masing dengan hujahnya. Bagaimanapun Allah jua yang mengetahuinya.


Tanda-tanda Malam Lailatul-Qadar


Hassan al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam Lailatul-Qadar, diantaranya ialahsuasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula terlalu dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik.


Dalam Sahi Muslim disebutkan bahawa pada Malam Lailatul-Qadar seramai 70,000 malaikat turrun dari Sidratul-Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang Islam, kecuali rumah orang yang ada anjing. 

Apabila matahari naik esoknya, malaikat-malaikat itu naik semula ke langit dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas cahaya matahari, menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang. Antara amalan yang boleh dilakukan pada malam Lailatul-Qadar ialah Solat Sunat Lailatul-Qadar, zikir, tasbih, berdoa, beriktikaf dan sebagainya.
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 05:48 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 16 March 2012

Syoknya!!..Ramai kawan...!

Hai...selamat malam..hehe... sorilh..update blog malam2 camni..
Ini pon..babnyer..tengah bosan dan tak tahu nak buat apa..
lagi satu pon.. babnya..kawan saya dah bising suruh saya 
update blog..hemm....so, saya pon trylah update..
sebenarnya..saya tak reti mana pon nak
update blog ni..hehe,,..almaklumlah..
baru belajar kan.....:) 
Ermm.. firstly, saya nak cerita kan tentang sekolah saya..
di sekolah, saya duduk dalam kelas 1 Al-Razi,
bagi batch kami, ada 5 kelas..iaitu:
1 Al-biruni,farabi,jabar,kindi dan razi...
Awalnya..saya kelas 1 Al-biruni.. tetapi, 
d'sebabkan saya memilih kemahiran teknikal(khb)
akhirnya..saya pon dimasukkan lah ke dalam 
kelas 1 Al-Razi,... sebenarnye..
panjang lagi ceritanya..
tapi, malaslah nak cerita panjang2...hehe..
cukuplah sekadar itu...hehe..
Ok.. dalam kelas itu.. saya...
telah pon dilantik oleh rakan2...
untuk menjadi............
jeng3,,,,,..penolong ketua kelas..
ek eleh... cuma jadi pkk je.. itu pon nak kecohkan..
hermm..saya ni memang kecoh pon orangnya..
jadi, berhati-hati sikitlah dengan saya ye..hehe..
kemudian,dalam kelas itu mempunyai
27 orang pelajar.. 15 (L) dan 12(P)..
hermm..sikit kan perempuannya...
yelah..biasalah tukan.. siapa suruh ambil
aliran KT..ish3...hehe..(gurau je)
Ha!..lupa plak nak bagitau... antara
AJK dalam kelas saya ialah..:
KK: M. Luqman Fiqri(chicken Little
PKK: (Saya sendiri)
Setiausaha: Ahmad Fathi Arif(Afabaz Obe2)
Bendahari: Nur Farahin(Pa'in)
AJK Akademik: Ilya Raiha(Yaya)
AJK Keharmonian: Fat'huddin(entah la)
KB: Aqif.....(ape tah)
PKB: Nurul Izzati(Izzati)
KP: M. Fikry Zainal(Fikry)
PKP: Nur Zuzi Aqilah(Zuzi)
........................................
Ok.. semua pelajar di dalam kelas 
saya tu..adalah rakan2 saya....
termasuk juga daripada kelas2 lain..
hakikatnya... semua batch form 1.....
adalah rakan2 saya............
Ha..ramai tak kawan saya...(perasan)
hehe...tapi kan, sebenarnya...
kawan lama kita masa sek. ren dan 
yang baru di sek. men. ... adalah
sangat berbeza.............................
tapi, semuanya,...ada kelebihan tersendiri...
tapi, saya......Rindu sangat akan kawan2 lama 
saya..... bila lah kita akan berjumpa lagi erk..
insya-Allah..semoga Allah mempertemukan kita
kembali.......... ukhuwah fillah........
sekian sahaja daripada..saya.... sekian terima kasih..
jumpa lagi..wassalamu'alaikum.......<3
Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 09:02 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 13 March 2012

Selamat Datang ke SAMBEST!

Hai semua..
Apa khabar?? sihat?
Maaflah sebab dah lama tak update blog nie.. 
Yelah..Maklumlah.. Sibuk dengan sekolah..
Dahlah duduk asrama plak tu.. so, mane ade mase nak 
update blog ni.. Ok! berbalik pada tajuk kita..
" SELAMAT DATANG KE SAMBEST"
Ha..kenapa saya buat tajuk macam tu?
tertanya-tanya tak? hehe..kalau yang dah tahu tu..
buat2 tak tahu jelah ye..
ok, sebenarnya, saya nak ceritakan tentang pengalaman 
saya semenjak bersekolah di SAMBEST selama 
lebih kurang sebulan nie..
 Pada hari pertama nak masuk sekolah tu.. 
rasa macam berdebar-debar sangat..
yelah..biase la tu kn.. korang pon mase first time sekolah
pon camtu kan..! right?! ermm..
tapikan... yang peliknya..kenapa saya tak nangis erk?
saya pon pelik.. tapi, rasa sedih tu adelah.. pernah sekali
tu, saya nangis masa keluarga saya nak balik
daripada menziarahi saya.. time tu memang rasa sedih betullah..
tapi, saya pon tak tahu kenapa saya rasa sedih sangat..
mungkin dah terlalu rindu kot..hehe.. :) .. 
Kemudian, lepas masuk sekolah tu, budak2 form 1 kena
pergi ke dewan dulu untuk dengar taklimat.. 
lepastu, barulah kitorang pergi mendaftar..
lepas mendaftar tu.. saya dengan ibu pergilah ke asramanyer..
time masuk2 pagar tu kan.. ade akak senior yang
tolong angkat kan barang..dah lah banyak kan barangnyer..
so, legalah sikit..babnyer..ade orang yang tolong..hehe..
dorm saya aras dua.. iaitu dorm B2:3.. 
setiap dorm mengikut rumah sukan yang telah ditetapkan..
dorm saya merupakan dorm rumah sukan Dimashq.
ape tu?? ha.. Dimashq tu adalah rumah sukan bagi
 rumah biru.. kalau cordova-merah,andalus-hijau,
basrah-kuning.. Alhamdulillah..saya bersyukur sangat..
Sebabnyer..Rumah sukan ini di antara rumah yang
hebat di sekolah saya... jadi.. itu sahajalah yang ingin
saya ceritakan di sini..... tata. 
semoga kita berjumpa lagi..
Wassalamu'alaikum...............:D

Di Celoteh Oleh :Princess of Muslimah: at 09:06 0 komen-komen
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)





About Me~~

Ummi Syahidah
sweet 12
Already Taken:))
08 Julai 1999
Batu 8 Kampung Sijangkang,Selangor

Facebook Badge~~

Umi Syidah Syahidah

Create Your Badge

Afifah,Zakuan,Sofiyah n Ayah~

Afifah,Zakuan,Sofiyah n Ayah~

saya,ati,ana,zakuan(adik-beradik)

saya,ati,ana,zakuan(adik-beradik)

ana(adik ku yang ke-2) dan cik timah...

ana(adik ku yang ke-2) dan cik timah...

Ibu tercinta dan zakuan

Ibu tercinta dan zakuan

Zakuan, Sofiyah dan bibik...

Zakuan, Sofiyah dan bibik...

Ayah dan Adik lelaki tersayang~=)

Ayah dan Adik lelaki tersayang~=)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2012 (4)
    • ▼  July (2)
      • ~Bulan Ramadhan, Bulan Rahmat.~
      • Ramadhan Al-Mubarak, Bulan yang Mulia..
    • ►  March (2)
      • Syoknya!!..Ramai kawan...!
      • Selamat Datang ke SAMBEST!
  • ►  2011 (22)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)

click to create your own
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Geng2 ku~~..

Geng2 ku~~..

Kawan2 lama...

Kawan2 lama...
My Melody Kawaii

Keluarga bahagia~~

Keluarga bahagia~~

KAwan2 ku..yang comel2 belaka..

KAwan2 ku..yang comel2 belaka..

Nowseeheart- Damai ~~

Tajuk~~ Damai-Nowseeheart Damai yang dirasa Melihat warnanya Tenangnya di mindaku Suasana kehijauan yang indah Kicauan berburung rimba Berterbangan bebas di dalam rimba raya Pepohon turut berlagu Menerima sentuhannya sinaran sang mentari hari Oh... di alam rimba damai dirasa Segala-galanya terlukis sempurna Di alam rimba keajaibannya Pesona di jiwa Di rimba tiada Derita, sengketa Tiada kudengari Tangisan sepi yang mengguris hati Sang pelangi ceria Menanti kehadirannya gerimis senja Bisikan tersirat air Turut sama menghiasi Keindahan ciptaan Ilahi

Popular Posts

  • Selamat Datang ke SAMBEST!
    Hai semua.. Apa khabar?? sihat? Maaflah sebab dah lama tak update blog nie..  Yelah..Maklumlah.. Sibuk dengan sekolah.. Dahlah duduk asrama ...
  • MALAIKAT MIKAIL MENAHAN LAJUNYA MATAHARI~~
    Assalamu'alaikum....dh lamer saya tak bukk blog nie..rindu teramat-amat rasenyer..ermm..yelah..maklumlh mase tu kn sibuk dngn periksa..h...
  • ~Bulan Ramadhan, Bulan Rahmat.~
    Kelebihan Ramadan Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Rama...
  • Salam Berkenalan....
    My Biodata~ Nama: Ummi Syahidah Bt. Mohamad Jamahari Umur: 12 Tahun  Saya merupakan anak sulung daripada 6 orang adik-beradik. Adik-beradik...
  • (no title)
    Hai,,,Hari nie saya nak citer sebuah kisah.. Tajuknyer.......... ~"Kenapa Tidak Siti Mati Je?"~ Cerita 10 tahun yang lalu di bangk...
  • Hyep Alls...
    hye alls... huh syoknye lah dah habis perikse.... hehe saya dah mula mesej die... syookk habes.... dan paling saya suka, saya dah kapel ng...
  • Ramadhan Al-Mubarak, Bulan yang Mulia..
    Tazkirah - Amalan & Kelebihan Bulan Ramadhan KEWAJIPAN BERPUASA Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan ...
  • BAGAIMANA MAKNA UMAT????~
    SEORANG lelaki yang dikenali sebagai Abul Qasim telah berhenti sebntr di dpn seorg raja, lalu ditanya: "Wahai Syeikh, bagaimana umat ya...
  • kenalan rapat
    saya mempunyai sebuah GENG YANG BAIK iaitu name geng nya AISUS CEMERLANG... kite orang tubuhkan baru tahun nie... tujuannya tuk merapatkan ...
  • Syoknya!!..Ramai kawan...!
    Hai...selamat malam..hehe... sorilh..update blog malam2 camni.. Ini pon..babnyer..tengah bosan dan tak tahu nak buat apa.. lagi satu pon.. b...

Inilah dia GENG2KU..Geng AISUS CEMERLANG

Inilah dia GENG2KU..Geng AISUS CEMERLANG

KAwan2 ku~~

KAwan2 ku~~

Theme images by caracterdesign. Powered by Blogger.