SEORANG lelaki yang dikenali sebagai Abul Qasim telah berhenti sebntr di dpn seorg raja, lalu ditanya: "Wahai Syeikh, bagaimana umat yang berkumpul ini akan menjadi salah, kerana berdasarkn sabda Rasulullah SAW (yang ertinya): "Tidak berkumpul umatku atas kesesatan."
Syeikh menjawab: "Jika Hadis ini sahih, mestilah diketahui terlebih dahulu takrif perkataan "umat" dan maknany. :"Umat" menurut pengertian bahasa adalah "al-jimaah." Jimak terjadi sekurang-kurangnya mesti terdiri dari seorang lelaki dan seorang perempuan.
Allah SWT berfirman:
1. (Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang (umat) imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah....... (An-Nahl,120)
Allah menamakan Ibrahim sebagai umat, padahal dia hanya seorang.
Aku juga mendapati di dalam Kitab Allah Azza wa Jalla bahawa yang banyak itu dicela sedang yang sedikit dirahmati dan dipuji. Allah telah mencela golongan yang banyak sebagaimana firman-Nya:
2. (Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka)." (An-Nisa' , ayat 114)3
3. (Tetapi kebanyakan mereka tidak berakal)
4.(Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui). (Al-An'am, 37)
5.(Dan tetapi kebanyakan mereka tidak beriman)
6. (Dan tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur)
7. (Dan kami tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi janji. Sesungguhnya Kami mendapati kebanyakan mereka orang2 fasik.) (Al-A'raf,102)
Allah memuji golongan yang sedikit, contohnya sebagaimana firman-Nya:
8. (...kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan amal soleh; dan amat sedikitlah mereka ini.)
(Shad, ayat 24)
9. (Dan sedikit sekali dari hamba2-Ku yang berterima kasih.)
(Saba',ayat 13)
10.(Dan tidak beriman bersama Nabi Nuh itu kecuali sedikit.) (Hud,ayat 40)
No comments:
Post a Comment